Pages - Menu

Wednesday, April 16, 2014

MINGGU 10 | VIRTUAL WORLD LEARNING

Kelas pada kali ini di kendalikan oleh En Hishamuddin, seorang pelajar PHD yang sedang melakukan kajian mengenai penggunaan "Virtual World" dalam pembelajaran. Kami diperkenalkan dengan penggunaan "avatar" dalam pembelajaran 3 dimensi alam maya.

Seperti permainan "video game", penggunaan "avatar" agak menarik perhatian serta kurang membosankan. Saya mendapat pengetahuan sedikit sebanyak mengenai cara mengendalikan "avatar" serta apa yang boleh dibuat dalam "virtual world" seperti memasukkan objek dan berkomunikasi dalam "virtual world".

Namun banyak kekangan dan masalah pada pembelajaran kali ini. Masalah utama adalah berpunca dari komputer yang ada di Makmal Interaktif yang tidak mempunyai "graphic card" serta pemprosesan yang agak perlahan. Untuk membuat aktiviti pembelajaran  koperatif menggunakan "virtual world", komputer yang digunakan haruslah mempunyai tahap pemprosesan yang tinggi serta capaian internet yang laju.

Secara keseluruhanya saya berasa sangat gembira dapat pengalaman belajar cara baru. Saya begitu teruja untuk meneruskan proses pembelajaran cara baru ini. Semoga saya akan dapat banyak ilmu dan pengetahuan baru pada masa-masa mendatang.

No comments:

Post a Comment