Pages - Menu

Sunday, April 20, 2014

MINGGU 11| MEDIA DESIGN CRITIQUE

Syukur Alhamdulillah dapat menyiapkan Tugasan 1 ( Media Design Critique) dalam jangka masa yang ditetapkan, walaupun terdapat banyak kelemahan akibat kurang pengetahuan serta pengalaman.
Kumpulan saya telah berpeluang untuk mengkritik laman web Sekolah Menengah Teknik Taiping pada capaian http://www.freewebs.com/tekniktaiping/.

Satu pengalaman baru buat diri saya, belajar untuk membuat kritikan ilmiah dan memberi pandangan untuk membetulkan rekabentuk laman web agar lebih menarik dan efektif. Sebelum dapat membuat kritikan mengenai laman web, perkara pertama yang perlu ada pada diri adalah ilmu dan pengetahuan mengenai rekabentuk laman web serta cara menghasilkan laman web yang menarik dan efektif.

Saya lebih banyak menghabiskan masa membaca dan mencari maklumat berkaitan cara rekabentuk laman web berbanding membuat kritikan. Apabila saya telah faham dengan mendalam, barulah saya dapat melakukan kritikan dengan berilmiah. Pelbagai prinsip rekabentuk laman web telah saya temui dalam proses menyiapkan tugasan media kritik ini.

Apabila telah membuat kritikan dari pelbagai aspek rekabentuk, saya perlu membuat cadangan penambah baikan. Di sini secara tidak langsung saya belajar untuk merekabentuk laman web yang menarik dan efektif bagi mencapai fungsi.Tidak dinafikan saya kurang pengetahuan dalam bidang rekabentuk, mungkin kerana bakat seni tidak begitu menyerlah. Namun saya cuba untuk mengatasi kelemahan pada diri sendiri, dengan membuat banyak rujukan bagi cuba memberi cadangan penambah baikan laman web.

Secara ringkasnya, kumpulan saya telah membuat kritikan rekabentuk laman web dari aspek

1.      Rekabentuk kandungan (Content Design)

2.      Rekabentuk interaksi (Interaction design)

3.      Rekabentuk antaramuka pengguna (User Interface design- UI)

Alhamdulillah, saya merasakan boleh membuat serba sedikit kritikan yang ilmiah dari aspek di atas. Perkara utama yang perlu ada untuk membuat kritikan ilmiah adalah pengetahuan. Pengajaran yang saya perolehi, sebelum membuat kritikan, saya terlebih dahulu perlu menguasai ilmu tentang bidang yang ingin dikritik. Tanpa pengetahuan, kritikan yang dibuat hanyalah kritikan kosong dan percayalah, ianya hanya akan memalukan diri sendiri.

Namun kelemahan pada cadangan penambah baikan mungkin ada. Perkara ini berlaku kerana kurangnya pengalaman dan pengetahuan mengenai rekabentuk laman web. Dan saya percaya, untuk merekabentuk laman web yang baru adalah lebih mudah jika di bandingkan dengan membuat cadangan modifikasi laman web sedia ada.


 
 

No comments:

Post a Comment