Pages - Menu

Friday, February 14, 2014

MINGGU 2

REFLEKSI DIRI
 
Masa buat nota nie hanya berpandukan Course Outline yang di berikan. Penerangan yang lebih mendalam telah di berikan oleh Dr Jamaluddin pada minggu yang kedua. Alhamdulillah setakat ini masih faham dengan konsep asas multimedia dalam pendidikan hasil dari penerangan pensyarah dan tambahan maklumat dari internet. Cuma konsep immersive learning perlu di fahami dengan lebih mendalam. Insyaallah akan mencuba untuk sentiasa mempelajari benda baru dari masa ke semasa


Apa itu Multimedia ??

Multimedia atau pelbagai media merupakan penggunaan komputer untuk menghasilkan teks, gambar, video, animasi dan suara secara bersepadu yang di gunakan sebagai sebahagian daripada alat komunikasi.

 
Elemen Multimedia
  1.  Teks
  2. Gambar
  3. Video
  4. Animasi
  5. Suara
  6. Pengkomputeran Interaktif
Perkembangan Multimedia
 
Penggunaan multimedia secara tidak langsung bermula pada tahun 1455 dimana "Printing Press Gutenberg and Caxton" menghasilkan pencetak alih pertama di dunia. Pada 1780 Franklin menemui elektrik yang membawa kepada perkembangan pesat kepada teknologi dan komputer.
 
Penggunaan komputer dalam multimedia bermula pada tahun 60-an dengan penghasilan komputer rangka yang akhirnya membawa kepada perkembangan komputer dan multimedia yang lebih sofisikated.
 
Perkembangan multimedia juga telah memberi kesan yang besar terhadap Industri Komputer, Industri Telekomunikasi dan Industri Penyiaran.Selain itu multimedia telah di gunakan secara meluas dalam bidang perniagaan, pentadbiran, pendidikan, penyiaran serta hiburan
 
Rujukan




1 comment: